Setapak Melangkah ke Alam Maya

Foto saya
Masih lagi mencari sinar, tapi terlalu jauh lg utk d capai, aku perlu kejar...agar tidak terus hilang!

Setapak Melangkah Ke Alam Maya

Melakari Kehidupan Penuh Bermakna

Emel & mesej dunia nak kiamat.....  

Posted by PuTeRi CaHaYa

Baru-baru ni aku sering menerima mesej dari teman (Tagged) & Emel tentang berkaitan dunia kiamat. Diorang suka2 je foward mesej2 mcm ni. Aku rujuk dalam Al-Quran, aku terjumpa ayat ni...

Surah Al-Hujuraat : ayat 6

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."

Surah Al-A'Raaf : ayat 187

"Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru-haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba". Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".

Dalam emel yang aku terima, ada yang mengira & menyediakan kalender yang 1 peristiwa seakan kiamat akn berlaku pada 2012.

Sebahagian emel tu:
Cuba kira... 1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.


Yang ni lak mesej buletin dalam tagged aku :
a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun... sekarang
sudah 1439 =426 + 13 tahun hijrah... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066


Aku yang terima mesej & emel mcm ni, cuba hentikan perbuatan diorg... rosak akidah orang kerana mesej2 mcm ni. Sapa2 dpt msej & emel mcm ni, tak perlulah nak foward2 kat org... yang pasti kiamat itu ada, & pasti kita menghampiri dengan kematian...

P/S : Jangan nak terpengaruh lak dengan sebahagian mesej & emel kat atas tu...tapi yakin dengan ayat Al-Quran di atas, sebagai pedoman..