Terlalu luas jurang di hadapanku, terasa sayup untuk aku harunginya.
Lantas aku memilih untuk melalui jalan di pinggiran.
Tanpa aku sedar, sudah separuh perjalanan telah aku tempuh.
Jalan yang sama telah aku lalui berulang kali.
Tersesatkah aku?
Terasa letih benar, untuk aku teruskan perjalanan itu, menuju ke destinasi.
Adakah aku perlu memutuskan untuk menghentikan perjalanan itu?
Kakiku sering terluka, akibat terpijak duri yang sama, yang menghalangi laluanku.
Dan, aku terpaksa menempuh jua laluan itu kerana laluan itu sahaja yang aku ada.
Pasti kepenatan kiranya aku terus mengharunginya…
Namun, selagi termampu akan aku atasi…