Setapak Melangkah ke Alam Maya

Foto saya
Masih lagi mencari sinar, tapi terlalu jauh lg utk d capai, aku perlu kejar...agar tidak terus hilang!

Setapak Melangkah Ke Alam Maya

Melakari Kehidupan Penuh Bermakna

Lalalalala.....  

Posted by PuTeRi CaHaYa



Girang terasa bila berada di bulan yg mulia ni..terasa tenang sentiasa.. Biar pun, hati ini sering kali disakiti... Namun, bila ketenangan mengawal keadaan.. maka aku lah terasa aku lah yg paling bahagia...


Herm, aku telah diTag oleh Bunga Rampai.Sekarang aku Masa untuk mencari mangsa..


Yeyeh!!

http://tegezoot.blogspot.com

http://artsoul76.blogspot.com/

http://www.butaseni.blogspot.com/

http://aydanida.blogspot.com/

http://gadisparanormal.blogspot.com/

Tak paksa, tp... klu sudi, jwb la yerk!!

Arahan:

1) Salin dan lekat gambar tu pada blog (Gambar kat atas tu... ).

2) Lepas tu pilih lima rakan-rakan utk menerima tugasan ini.

3. Selepas tu,cari mangsa lain.

4. Tinggalkan komen atau mesej kepada para mangsa itu sebagai 'alarm' bahawa mereka telah ditag.

OKzzz...daaa!!

Hati Seorang Yang Tenang (Part 2)  

Posted by PuTeRi CaHaYa

Manakala seorang suami yang tenang & berbahagia ialah seorang suami yang :

  1. Sentiasa faham tuntutan agama terhadap dirinya sebagaimana sbda Rasullulah S.A.W "Takutilah oleh mu kepada Allah kerana semua perempuan adalah amanah Allah kepada kamu. Barangsiapa yang tidak menyuruh perempuannya mengerjakan solat & tidak mengajar mereka ilmu fardhu maka berlaku khianatlah dia kepada Allah & Rasul-Nya".
  2. Seorang yang lembut dengan isteri & ahli keluarganya yang lain sebagaimana sabda Baginda S.A.W "Seorang mukmin yang sempurna imannya ialah orang yang baik akhlaknya & lemah lembut dengan ahlinya (keluarganya)"
  • "Sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Allah bahawa Dia menjadikan untuk mu jodoh (suami/isteri) daripada jenis mu sendiri, agar memperolehi sakinah (ketenangan/kegembiraan) padanya , dan kemudian Dia ciptakan antara kamu berdua cinta berahi & kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda bagi mereka yang mahu berfikir."

(Ar-Rum, 31)

Rasa bahagia membuahkan sakinah & menimbulkan kesetiaan yang tahan diuji . Cinta perlu diusahakan agar sentiasa subur, membara & stabil suhunya. Penyakit perkahwinan moden ialah lekas dingin & cepat bosan. Kerana itu cinta perlu dirawat , dipupuk & disirami agar tidak kering tetapi segar & mekar. Hal ini perlu diusahakan oleh kedua-dua belah pihak suami & isteri. Tidak mungkin bahagia dapat dicapai jika satu pihak saja yang berusaha sedangkan yang satu lagi tidak.

Kelalaian merawat cinta akan membahayakan perkahwinan. Justeru, rawatlah selalu cinta dengan binaan-binaan sayang & kemesraan.

-Tamat-

Hati Seorang Yang tenang (Part 1)  

Posted by PuTeRi CaHaYa

Asas kebahagiaan bermula dari seorang suami yang beriman, isteri yang beriman & anak2 yang beriman. Hanya orang yang baik2 saja blh m'jadikan hidup mereka berkualiti & diredhai.


Wanita beriman & baik mempunyai peribadi yang tinggi & mulia. Hatinya suci, tahap imannya tinggi amal ibadahnya banyak & sangat m'hormati suami.

Seorang wanita yang tenang & bahagia adalah seorang yang :

  1. Selalu berada di rumah jika tiada urusan mustahak di tempat lain.
  2. Selalu menggembirakan suami dengan layanan kelas 1.
  3. Mudah tersenyum & meminta maaf apabila melakukan kesalahan.
  4. Memelihara kehormatan diri.
  5. Meminta izin suami sebelum melakukan sesuatu lebih-lebih lagi dalam soal membuat keputusan yang melibatkan dunia luar.
  6. Mengurus rumahtangga dengan ikhlas.
  7. Tidak m'desak suami @ meminta yang bukan2 hingga menyusahkan suami.
  8. Sentiasa menaruh malu terhadap suami.
  9. Taat & patuh kepada suami serta memberi perhatian kepadanya apabila dia bercakap.
  10. Menjaga kecantikkan & kebersihan diri.
  11. Lahirkan rasa bersyukur dengan apa yang ada.
  12. Sentiasa merasakan suami ada kelebihan.

bersambung.....

(petikan dr buku Motivasi Diri Wanita _ Dr. Tuah)

SubhanAllah.... Maha Suci Allah  

Posted by PuTeRi CaHaYa

http://www.4finderz.net/forum/viewtopic.php?f=9&p=28985

Kisah ini berlaku awal tahun ini di Pulau Malibu, Indon. Sebuah masjid baru telah dibina di sebuah kampung di Pulau Malibu. Namun mereka tiada kren untuk pindahkan kubah dari masjid lama ke masjid yang baru.Maka seramai lebih kurang 3000 orang qiyai telah berkumpul di masjid tersebut untuk berzikir. Dengan Rahmat dan kebesaran Allah kubah dari masjid lama 'diangkat dan dipindahkan' ke atas menara masjid yang baru hanya dengan zikirullah.Mengikut cerita lanjut dari teman yang merakamkan video ini, qiyai-qiyai tersebut telah berpuasa selama 3 hari dan berqiamulail selama 3 malam bermunajat kepada Allah sebelum mereka berzikir dan "mengangkat" kubah tersebut. Ramai yang "histeria" melihatkan keajaiban & kebesaran Allah itu.

Pemindahan kubah dari masjid lama ke masjid yang baru di Desa Kailolo, Pulau Haruku, Maluku Tengah, Indon hanya dengan zikirullah.




-Penyampai berita indonesia : "sebuah kubah masjid kelihatan terapung-apung dan melayang tanpa bantuan satu pun peralatan"Gmbr kecil di sudut atas kanan (zul & nora) adalah tuan empunya page ini. multiply.com (ala2 friendster/facebook/myspace).

-Orang ramai kelihatan sedang mengambil gmbr kubah terapung tersebut.

-Kubah yg beratnya ribuan tan tersebut melayang menuju ke arah masjid Desa Kailolo. Rakaman video secara LIVE oleh TRANS 7, Indonesia

-Tempat di mana seharusnya kubah itu berada. Still under construction...

-Kubah tersebut kelihatan sepert diselaputi awan atau dibaluti dgn kain putih yg berkibar2 ditiup angin.
-Kelihatan satu "raut wajah" pada awan.

-Kubah tersebut melayang2 smbil berpusing2 (spinning) spt kapal angkasa UFO menuju ke arah masjid.

-Hampir tiba...ketika ini org kampung semakin kuat melafazkan zikir..."Lailahaillallah"...
-Ketika ini kedengaran suara tangisan & teriak histeria orang kampung terutamanya wanita...


-Hampir kepada tempatnya...kelihatan seperti ada "mata yg memandang"..

-Ketika ini kubah tersebut bergerak & berpusing agak perlahan utk "diletakkan" dgn betul pada tempatnya.

-"Membetulkan" kedudukannya...

-Almost done...
Some of the comments from the bloggers...ada yg percaya dgn rakaman video tersebut dan ada yg tidak..