Setapak Melangkah ke Alam Maya

Foto saya
Masih lagi mencari sinar, tapi terlalu jauh lg utk d capai, aku perlu kejar...agar tidak terus hilang!

Setapak Melangkah Ke Alam Maya

Melakari Kehidupan Penuh Bermakna

Apabila semua jadi susah  

Posted by PuTeRi CaHaYa

Apabila semua benda menjadi susah ?
Buat semua benda dengan suka semua benda menjadi mudah,

Buat semua benda dengan menyampah
semua benda menjadi susah?

Apapun akan menjadi mudah apabila dilakukan dengan ikhlas, namun untuk membuktikan keikhlasan bukanlah semudah menuturkannya. Hidup perlu dilalui dengan ceria sebab tanpa keceriaan segalanya akan menjadi masam, kedam dan hitam.
Sesuatu yang masam perlukan garam untuk diterima lidah, apabila kedam perlukan cahaya untuk melihat persekitaran tetapi kalau sudah hitam memang susah untuk dikembalikan putih.
Hidup itu ada pelbagai ragamnya.


Masalah yang datang dalam hidup juga tidak pernah berhenti. Menyambut kesemuanya dengan marah dan sakit hati selalunya berakhir dengan setiap sesuatu yang dilakukan itu menjadi tidak sempurna.

Di bawah pancaran terik matahari seorang makenik teruja untuk menyiapkan kerjanya dengan sempurna. Dihambat waktu dan tekanan pelanggan, dia boleh digelut marah sewaktu melaksanakan tugasnya. Rasa tanggungjawab mungkin cair, yang lebih nampak adalah peluang mencari jalan mudah. Jika peluang itu terbuka, perkara ?cincai' akan mengambil tempat.
?Eh, kenapa adik ambil dari situ. Bukankan ini barang-barangan buangan?? pertikai seorang pemilik motosikal apabila melihat makenik mengambil alat ganti daripada longgokan besi buruk di sebuah bengkel.
?Tak apa, boleh pakai lagi ni,? katanya sambil meneruskan kerja-kerjanya.
?Jangan buat begini. Motosikal saya ni baru dan masih dalam jaminan. Saya berhak dapatkan alat ganti yang baru,? petikai pemilik berkenaan.
?Tak apa bang, masih boleh guna ni.?
?Dik, kalaulah ia masih berguna takkan dilonggokkan begini saja. Ini semua barangan lama daripada motosikal lain yang terdahulu rosak.?
Mekanik itu pun bangkit, menghempaskan barangan ganti lama yang hampir sangat hendak dipasangnya tadi lalu mengisi borang pengeluaran alat ganti baru dari stor.

Kisah benar ini membuktikan apabila sesuatu dibuat dengan menyampah pelaksanaannya akan menjadi cacat. Hasilnya sudah tentu lebih cacat. Mengapa tidak lebih banyak senyum daripada muncung? Bukankah gembira memudahkan segalanya daripada marah-marah?

Aina mengadu penat, lalu dia duduk saja tidak berbuat apa-apa. Apabila ditanya Aina memberitahu dia sangat penat, banyak sangat kerja yang hendak dibuatnya.
Sejak bila Aina penat? Setelah hari petang atau sebaik sahaja dia sampai di tempat kerjanya? Aina menjadi penat sebaik sahaja dia melihat kerjanya yang berlonggok di atas lantai. Dia terus berasa sangat penat lalu muncungnya terbentuk. Wajahnya menjadi halia, kusam dan masam. Dalam keadaan begitu tiada apa yang dapat Aina lakukan, kalau pun dia melakukan kerjanya, hasilnya tidak merangsangkan.


Banyak perkara dalam hidup dapat diselesaikan hanya dengan senyuman. Suatu petang, sebuah kereta telah melanggar sebuah kereta yang lain sewaktu menghampiri sebuah bulatan. Apakah dia rabun? Jika rabun dia tidak layak memandu, marah pemilik kereta yang dilanggar. Sebaik sahaja dia keluar, dia melihat senyuman dan mendengar perkataan maaf dari pemandu yang melanggar keretanya tadi. Kemarahannya hilang, bertukar perbincangan untuk sama-sama bertolak ansur. Perkara itu selesai begitu sahaja.

Fikir, renung dan tengok.