Apakah cinta yang sebenarnya? Bagaimana islam memandang cinta? Bagaimana pula jika cinta menghampiri kita?
Cinta atau mahabbah asalnya bermakna bening dan bersih. Boleh diertikan juga air yang melimpah ruah selepas hujan turun dengan lebatnya. Oleh itu boleh disimpulkan al mahabbah sebagai luapan hati dan gelojak rindu ketika diselebungi keinginan untuk bertemu dengan kekasih. Cinta boleh membawa sengsara juga boleh membawa kebahagiaan..ianya bergantung kepada bagaimana kita mengurus cinta itu.
Islam memandang cinta dalam 3 perspektif.
1) menyintainya kerana ALLAH swt...(cinta sepasang suami isteri, bernikah untuk mengelakkan maksiat,mengikuti sunah nabi)
2) cinta yang mendatangkan murka ALLAH swt (cinta nafsu berahi)
3) cinta yang mubah (cinta tidak sengaja, cinta pandang pertama, merahsiakan dan menahan diri)
jadi bagaimana nak mengurus perasaan cinta yang menghampiri kita?mana mampu kita hendak menolak cinta yang datangnya tanpa diundang. Memang perasaan cinta tidak boleh ditahan dan dibendung Cuma kita hendaklah berlaku jujur dan menyalurkannya mengikut kehendak syariat. Perasaan ¿cinta suci remaja¿ memang biasa diucapkan..Cuma syaitan memainkan peranan dalam menggelincirkan kita kepada kemungkaran dan larangan ALLAH. Tanpa kita sedari kita telah melanggar larangan ALLAH kerana memang adat bercinta mereka mendakwa bahawa cinta mereka tulus dan suci....
ingatlah bahawa yang haram itu tetap haram walau apa keadaan sekalipun Cuma kita yang kadang2 cuba menghalalkannya dengan membuat pelbagai alasan, itu dan ini. Di sisi ALLAH ia adalah satu dosa dan setiap dosa layaknya adalah neraka.
Setapak Melangkah ke Alam Maya
- PuTeRi CaHaYa
- Masih lagi mencari sinar, tapi terlalu jauh lg utk d capai, aku perlu kejar...agar tidak terus hilang!
Baru-baru ni aku sering menerima mesej dari teman (Tagged) & Emel tentang berkaitan dunia kiamat. Diorang suka2 je foward mesej2 mcm ni. Aku rujuk dalam Al-Quran, aku terjumpa ayat ni...
Surah Al-Hujuraat : ayat 6
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."
Surah Al-A'Raaf : ayat 187
"Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru-haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba". Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".
Dalam emel yang aku terima, ada yang mengira & menyediakan kalender yang 1 peristiwa seakan kiamat akn berlaku pada 2012.
Sebahagian emel tu:
Cuba kira... 1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.
Yang ni lak mesej buletin dalam tagged aku :
a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun... sekarang
sudah 1439 =426 + 13 tahun hijrah... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066
Aku yang terima mesej & emel mcm ni, cuba hentikan perbuatan diorg... rosak akidah orang kerana mesej2 mcm ni. Sapa2 dpt msej & emel mcm ni, tak perlulah nak foward2 kat org... yang pasti kiamat itu ada, & pasti kita menghampiri dengan kematian...
P/S : Jangan nak terpengaruh lak dengan sebahagian mesej & emel kat atas tu...tapi yakin dengan ayat Al-Quran di atas, sebagai pedoman..
Alhamdulillah...
Bertambah lagi ahli keluarga aku....
Jadi sekarang, adik beradik aku yang dah berkahwin
masing2 punya 2 anak... abang aku 2 orang, aku & adik
pun 2 orang. Cuma aku sorang je dapat sepasang. Abang
& adik aku, dua2 anak perempuan...(",) ting..
He...he...he...
X pe la, rezeki masing2...
Salam Ramadhan
Mencari Rindu
(",)
Sekiranya tempat aku bertanya ini, mendekatkan aku kepada engkau, engkau dekatkan lah dan permudahkan, dan sekiranya tempat ku bertanya ini menyesatkan aku kepada engkau, kau jauhkanlah sejauh2nya..
