Setapak Melangkah ke Alam Maya

Foto saya
Masih lagi mencari sinar, tapi terlalu jauh lg utk d capai, aku perlu kejar...agar tidak terus hilang!

Setapak Melangkah Ke Alam Maya

Melakari Kehidupan Penuh Bermakna

Nenek...!!  

Posted by PuTeRi CaHaYa

Nenek aku dari Sarawak datang Penang bulan 6 lepas.. Hallamak.. Rindu gila aku kat dia. Sepanjang dia ada kat sini, akulah satu2 nya cucu yang banyak luangkan masa untuk dia.. Adik2 aku yg lain bz skit. (terasa bangga plaks).

Umur nenek aku dah cecah 83 tahun, panjang betul umur dia...
& still kuat lg. Paling tak tahan, mana aku pi...dia nak ikut.
Aku bawa dia kenal dengan dunia aku..
Dia punya la segan, takut kawan2 aku ngata dia terlalu tua untuk ada kat situ. Tapi aku kata kawan2 aku lg suka...

Sepanjang nenek aku ada kat sini..mcm2 pengajaran aku dapat.
Sungguh aku insaf dgn keadaan yang aku lihat.. (apa tu, ingat nak crta bt pengajaran semua... tp, x sampai hati le...)
Betapa Allah itu Maha Berkuasa.. Mohon diberi hidayah bt aku & kalian semua.

27 Ogos 2008..
Aku meluahkan perasaan sedih aku pada kawan aku.. yg nenek aku nak berangkat balik Sarawak minggu depan.. tau2, bila aku balik kerja.. Sampai jer kat rumah, tengah aku makan,mak bgtau nak antar nenek aku pi Ipoh, rumah adik aku.. sbb abah x der cuti dah lepas ni..

Booooommm!! Meletup...
Terasa nak melayang jer... bila mak aku bagitau yg nenek aku kena pi Ipoh.. Mak aku suruh inform kat nenek aku suruh bersiap..

Saat aku nk sampaikan arahan mak tu, berlinang air mata aku...& waktu tu aku dapat rasakan itu adalah saat2 terakhir aku menatap wajah tua seorang wanita..yang sunyi & rindukan kasih sayang..

Lepas ni... x der lagi peluang aku untuk memadu kasih dengan nenek. Tak merasa dah aku lepas ni pelukkan dia...

"Nenek.. kehadiran nenek ke sini sangat bermakna dalam hidup Nur, membuka mata Nur mengenali erti kehidupan.. Nur akan ingat pesan nenek. InsyaAllah, Nur akan sentiasa doakan kesejahteraan nenek. Nenek, Jaga diri baik-baik ye... & kalau ader rezeki, Nur akn ke sana...jmpa nenek. Tp, nenek jangan la ingat yg Nur lupakan nenek..ye? Nur sayang sgt dengan nenek. Doakan Nur.."

Pelukkan nenek aku masih terasa lg.. Memang sebak tak terkata..
Bila aku sms adik aku, adik aku kata dia masih lagi menangis..
Sayu nyer ...

Nenek...!!!!!!!!!!!

... Dalam mengenal....  

Posted by PuTeRi CaHaYa

Mengenal sabar..

Terasa benar kesukaran itu.. setiap kali cuba mendekatkn diri mengenal sabar..
kita akan sentiasa diuji & diuji....

Namun.. bila terlepas azab ujian dgn perasaan yg sabar..
Nikmatnya benar2 terasa..

Setiap kali ujian yg kita lalui dgn hati yg tenang,
Kita akan nampak, betapa indahnya ujian itu..

Diri ini sentiasa berdoa agar Allah tidak menguji diri dengan ujian yg
tidak mampu untuk dilalui.... Kerana bimbang ujian itu akan menyebabkn
aku yg lemah ini, jauh menyimpang..

Mengenal niat..

Teringat akan pesanan seorg hamba.. betulkan niat.

Bimbang diri akan binasa,
maka aku perlu kenal dengan niat ku.. tujuan ku..

Mengenal sedar.. Dunia...

Mohon agar diri ini sentiasa sedar...
sedar dengan perbuatan ..
sedar dengan niat..
sedar dengan tujuan..
sedar dengan perjalanan..
sedar dengan diri..

Sedarkan aku andai perbuatan & tingkah laku ku,
memberi kesan tidak baik..
Sedarkan aku andai sikap aku,
membuatkn keadaan keliling tidak senang..
Kerana aku sendiri tidak sedar semua itu..

.....................................

masih jauh perjalanan,
masih banyak perlu dicari,
masih tidak mencukupi,
masih tidak mengenali,

Kehadiran cahaya..
datang menerangi jiwa yg gelap..
& diri ini insaf
& sedar..

Biar pun pahit untuk ditelan..
Namun aku tetap bersyukur di atas segalanya..