Setapak Melangkah ke Alam Maya

Foto saya
Masih lagi mencari sinar, tapi terlalu jauh lg utk d capai, aku perlu kejar...agar tidak terus hilang!

Setapak Melangkah Ke Alam Maya

Melakari Kehidupan Penuh Bermakna

... Dalam mengenal....  

Posted by PuTeRi CaHaYa

Mengenal sabar..

Terasa benar kesukaran itu.. setiap kali cuba mendekatkn diri mengenal sabar..
kita akan sentiasa diuji & diuji....

Namun.. bila terlepas azab ujian dgn perasaan yg sabar..
Nikmatnya benar2 terasa..

Setiap kali ujian yg kita lalui dgn hati yg tenang,
Kita akan nampak, betapa indahnya ujian itu..

Diri ini sentiasa berdoa agar Allah tidak menguji diri dengan ujian yg
tidak mampu untuk dilalui.... Kerana bimbang ujian itu akan menyebabkn
aku yg lemah ini, jauh menyimpang..

Mengenal niat..

Teringat akan pesanan seorg hamba.. betulkan niat.

Bimbang diri akan binasa,
maka aku perlu kenal dengan niat ku.. tujuan ku..

Mengenal sedar.. Dunia...

Mohon agar diri ini sentiasa sedar...
sedar dengan perbuatan ..
sedar dengan niat..
sedar dengan tujuan..
sedar dengan perjalanan..
sedar dengan diri..

Sedarkan aku andai perbuatan & tingkah laku ku,
memberi kesan tidak baik..
Sedarkan aku andai sikap aku,
membuatkn keadaan keliling tidak senang..
Kerana aku sendiri tidak sedar semua itu..

.....................................

masih jauh perjalanan,
masih banyak perlu dicari,
masih tidak mencukupi,
masih tidak mengenali,

Kehadiran cahaya..
datang menerangi jiwa yg gelap..
& diri ini insaf
& sedar..

Biar pun pahit untuk ditelan..
Namun aku tetap bersyukur di atas segalanya..

This entry was posted on Isnin, 18 Ogos 2008 at Isnin, Ogos 18, 2008 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

17 ulasan

jgn tukar niat

18 Ogos 2008 pada 9:12 PTG

Menyimpang?

Di persimpangan?

Atau menyimpang di jalan yang lurus?

18 Ogos 2008 pada 10:32 PTG

teruskan niat yg baik...
bila baca entry ni, ada kena mengena ke dgn teguran?

19 Ogos 2008 pada 4:33 PG

Maksu - InsyaAllah maksu..tp kna cek dlu niat tu..kan maksu?

PK - herm... bergantung pd keadaan, ini berkaitan dgn pegangan jer...
Pegangan? herm..
biar puteri dgn Allah shj yg tahu apa yg puteri maksud kn...

artsoul - x der lah.. mmg kebetulan pun.. & thanx sbb take care..
dnt wry lerh... puteri hargai apa yg artsoul bt tu...klu x, puteri x tau..

salam
(",)

19 Ogos 2008 pada 7:04 PTG

tak pa salah jalan,tanya orang.mesti ada u-turn kat depan.
hang nak p mana?

19 Ogos 2008 pada 8:13 PTG

sajak-sajak ini..barangkali harus dihantar untuk diterbitkan di dalam majalah Dewan Sastera, sangat baik dan menarik..

20 Ogos 2008 pada 5:12 PG

bagus ni, muhasabah diri setiap pagi.mesti hari hari kita sempurna.hehe

20 Ogos 2008 pada 5:32 PTG

buta seni - herm..baik, & tq.. x pe, ader pnduan. insyaAllah..

m.azli shukri - x terniat pun nak bersajak, sekadar luahan rasa hati.. thanx sbb sudi singgah kat teratak puteri (",)

suka bebel - a'aa, btul tu, kan? nasihat yg baik nih.. hehehe. bguz2, puteri suka.

20 Ogos 2008 pada 6:17 PTG

Salam puteri
Allah pasti tidak akan menguji hambanya dengan sesuatu yang kita tidak mampu
segala ujian Allah itu pasti akan menjadikan diri kita lebih kuat

"setiap kali ujian kita lalui dgn hati yg tenang kita akan nampak, betapa indahnya ujian itu.."

btol3..suke dengan ayat puteri ni...
hehe~

p/s: pasal produksi bulan 10 tu, nida nak join tapi nida slalu free sabtu n ahad je. hari2 biasa malam la. slalunya latihan buat bila ek??

20 Ogos 2008 pada 6:53 PTG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
21 Ogos 2008 pada 6:51 PG

semoga Allah swt memberi Hidayah, Rahmat dan Keberkatan dalam segala2nya...

21 Ogos 2008 pada 6:53 PG

salam...

benar puteri.. Tuhan hanya akan menguji mengikut kemampuan kita...

memang tak dapat dinafikan ada masa gak sy tak sabar, dan mengeluh dengan nasib yang ada...

tetapi..setiap rintangan ada hikmahnya! Pendek kata, kita perlu bijak mencari peluang bagi meringankan beban kita dan mencapai kejayaan di kemudian hari..

apa-apapun..doakan saja kejayaan kita semua..dunia dan akhirat!! amin..

21 Ogos 2008 pada 9:02 PG

nyda - thanx nyda... kata-kata yg yg lahir dr hati ni, kadang2 kita s'dri pun x sedar..& kata2 tu dr pengalaman puteri s'dri..

yg produksi tu..nnt apa2 hal puteri inform.. k?

tegezoot - insyaAllah.. Allah tahu apa yg terbaik untuk hambanya..kan2?

raja azrul - (",) tu ler... kesabaran kita ni.. klu kita sendiri x leh kawal...susah ler...
maka dengan itu...jgn sesekali lupa untuk berdoa mnta Allah beri petunjuk & diberi ketenangan dlm diri kita.

21 Ogos 2008 pada 6:41 PTG

syukur ni lah kekutan diri yang perlu ada setiap manusia.. lagi2 wanita...

21 Ogos 2008 pada 8:42 PTG

ladykiki - tu la.. tp, mmg perlu berubah... klu tak, kita akan ditindas..

28 Ogos 2008 pada 1:23 PG

Teruskan 'mengenal' hatimu. Semoga Tuhan terus membimbingmu.

Salam :)

28 Ogos 2008 pada 10:45 PG

bunga rampai - insyaAllah, puteri akn terus mencari & mengenal....

salam
(",)

28 Ogos 2008 pada 8:22 PTG

Catat Ulasan