Setapak Melangkah ke Alam Maya

Foto saya
Masih lagi mencari sinar, tapi terlalu jauh lg utk d capai, aku perlu kejar...agar tidak terus hilang!

Setapak Melangkah Ke Alam Maya

Melakari Kehidupan Penuh Bermakna

Emel & mesej dunia nak kiamat.....  

Posted by PuTeRi CaHaYa

Baru-baru ni aku sering menerima mesej dari teman (Tagged) & Emel tentang berkaitan dunia kiamat. Diorang suka2 je foward mesej2 mcm ni. Aku rujuk dalam Al-Quran, aku terjumpa ayat ni...

Surah Al-Hujuraat : ayat 6

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."

Surah Al-A'Raaf : ayat 187

"Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru-haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba". Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".

Dalam emel yang aku terima, ada yang mengira & menyediakan kalender yang 1 peristiwa seakan kiamat akn berlaku pada 2012.

Sebahagian emel tu:
Cuba kira... 1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.


Yang ni lak mesej buletin dalam tagged aku :
a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun... sekarang
sudah 1439 =426 + 13 tahun hijrah... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066


Aku yang terima mesej & emel mcm ni, cuba hentikan perbuatan diorg... rosak akidah orang kerana mesej2 mcm ni. Sapa2 dpt msej & emel mcm ni, tak perlulah nak foward2 kat org... yang pasti kiamat itu ada, & pasti kita menghampiri dengan kematian...

P/S : Jangan nak terpengaruh lak dengan sebahagian mesej & emel kat atas tu...tapi yakin dengan ayat Al-Quran di atas, sebagai pedoman..

This entry was posted on Selasa, 8 September 2009 at Selasa, September 08, 2009 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

12 ulasan

aih,ada owang p kira ar bila nak kiamat?ayo mcm2,samat ari raya k.ida..wet aya jgan lpa k,,ehek

16 September 2009 pada 5:10 PTG

Tu la, dunia kiamat, nak kira sangat2... tp x nk pikir cmner nk selamat kat akhirat...huhuhu...
eheh, ingatan utk k.ida sama....
selamat hari raya Abu...

salam lebaran

16 September 2009 pada 8:38 PTG

ssl sgt mcm ni. kan? takut syirik dbuatnye.

17 September 2009 pada 8:15 PG

eh da xde chat box, kak kte rindu akak :)

salam aidilfitri :)

17 September 2009 pada 8:16 PG

pedoman dunia dan akhirat..

semoga Allah memberikan kita keberkatan rezeki hidup di dunia ini..amin.

Erm...selamat berhari raya aidilfitri, kalau ada masa, jemputlah ke kampung saya di Kuala Kurau, Perak.

20 September 2009 pada 4:37 PTG

tyhah - erm, sikap org zaman sekarang, perkara yang x penting, diutamankan, yang perlu dilaksanakan, tolak ke tepi.. erm...rindu yerk? nnt blk M'sia, jmpa akak..hehehe.. akak tggu..

raja - amin, slmat ari rayer...

(",)
salam

28 September 2009 pada 6:18 PTG

teguhkan tiang....
semua hiasan akan tersergam indah di dinding....

keteguhan tiang itu lah kecantikan rumah.....

28 September 2009 pada 7:57 PTG

salam kembali,

apalah sebenarnya yang ada pada kehidupan di dunia ini?

salam hormat,

6 Oktober 2009 pada 4:20 PG

kiamat memang dah ada petanda yang perlu diingat sendiri. tak perlu layan email ni semua, tanya pada hati sendiri

20 Oktober 2009 pada 4:46 PTG

biasa ar puteri..

hurm...ada facebook? add saya..

raja.azrul@gmail.com

boleh kita share segala idea yang ada

24 Oktober 2009 pada 9:03 PTG

salam ziarah, lepak di sini sekali-sekala :)

27 Oktober 2009 pada 2:52 PG

salam...semua...

jinggo - a'aa... kene ada kekuatan untuk teguhkan tiang tu... nk cr kekuatan tu... erm.. mnta je pada yg Berkuasa...

pulau namoyaki - itu lah... dunia ni sementara sgt...klu lah org memahami..kan?

suka bebel - lama x singgah ke teratak puteri ni, yer? thanx...erm, emel ni hnya merosakkan fikiran org yg sedia lemah...moga diberi kekuatan buat kita...

raja azrul - insyaAllah...nnt puteri add..yerk?

maksu - terima kasih maksu kerana sudi ziarah ke teratak usang puteri ni... salam kembali..

(",)

2 November 2009 pada 5:22 PTG

Catat Ulasan